Barisan pelakon Zack Snyder's Justice League

  • Ben Affleck sebagai Bruce Wayne / Batman: Hartawan dan pemilik syarikat Wayne Enterprises yang berdedikasi untuk melindungi Gotham City daripada ancaman jenayah sebagai vigilante bertopeng yang serba boleh dilengkapi pelbagai peralatan, senjata, dan kemahiran berlawan. Sutradara Zack Snyder menyifatkan Batman garapan Affleck sebagai penebus maruah dalam Zack Snyder's Justice League setelah menyesali tindakannya dalam Batman v Superman: Dawn of Justice (2016).[8][9]
  • Henry Cavill sebagai Kal-El / Clark Kent / Superman: Anggota dan pencetus penubuhan pasukan Justice League. Terselamat dari kehancuran planet Krypton dan bertugas sebagai wartawan untuk akhbar Daily Planet yang berpangkalan di Metropolis. Pada 2018, Cavill menyifatkan perwatakan Superman dalam filem ini sebagai pelengkap arka wataknya yang bermula dengan Man of Steel (2013) dan menjadi Superman "sejati" seperti yang digambarkan dalam komik.[9] Kata Snyder, biarpun beliau menggemari pemaparan tradisional watak Superman, tetapi beliau menginginkan watak Supermannya mempunyai arka yang realistik dan berkembang sebagai watak, dan bukannya sebagai "pengakap satu dimensi".[10]
  • Amy Adams sebagai Lois Lane: Wartawan Daily Planet dan kekasih Clark Kent.[11]
  • Gal Gadot sebagai Diana Prince / Wonder Woman: Separa dewi dan srikandi Amazon yang daim.[11]
  • Ray Fisher sebagai Victor Stone / Cyborg: Bekas atlet universiti yang ditimpa kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya, kemudian diolah semula secara sibernetik menjadi makhluk 'tekno-organik' yang dipertingkat oleh teknologi biomimetik yang reaktif dan adaptif dari luar Bumi. Antara peningkatannya termasuk kemampuan terbang, senjata boleh ubah dan teknopati. Sebahagian besar perkembangan watak Cyborg digugurkan dari versi pawagam, manakala Snyder menyifatkan perwatakan Cyborg dalam Zack Snyder's Justice League sebagai "the heart of the movie" (penggerak utama filem).[12] Fisher juga menyatakan bahawa arka watak Cyborg penuh emosi dan alegori tentang perjuangan kaum kulit hitam di Amerika.[12] Menurut Fisher, satu-satunya babak Cyborg arahan Snyder yang kekal dalam versi pawagam adalah pertemuan Cyborg dengan Batman dan Pesuruhjaya Gordon di bumbung ibu pejabat polis Gotham City.[13]
  • Jason Momoa sebagai Arthur Curry / Aquaman: Seorang anak kacukan kaum manusia dan Atlantis dengan kuasa mengawal air.[11]
  • Ezra Miller sebagai Barry Allen / The Flash: Mahasiswa Central City yang mengambil jurusan undang-undang jenayah untuk membebaskan bapanya dari tuduhan membunuh isterinya iaitu ibu Barry.[14]
  • Willem Dafoe sebagai Nuidis Vulko: Orang Atlantis yang bertugas sebagai guru Arthur.[15][16]
  • Jesse Eisenberg sebagai Lex Luthor: Musuh ketat Superman dan bekas ketua syarikat LexCorp. Penampilan Lex di hujung filem berbeza dengan versi pawagam, mengacahkan projek The Batman oleh Affleck daripada kemungkinan sekuel untuk Justice League.[17]
  • Jeremy Irons sebagai Alfred Pennyworth: Butler upahan Bruce Wayne yang membantu Batman dan Justice League dari segi taktik.[18]
  • Diane Lane sebagai Martha Kent: Ibu angkat Clark Kent.[11]
  • Connie Nielsen sebagai Hippolyta: Ibunda Diana dan ratu Amazon.[11]
  • J. K. Simmons sebagai James Gordon: Pesuruhjaya Polis Gotham City dan sekutu Batman.[19]
  • Ciarán Hinds sebagai Steppenwolf: Pegawai tentera New God dari planet Apokolips yang memimpin tentera Parademon untuk mencari tiga Mother Box yang tersembunyi di bumi.[20] Hinds pernah menyifatkan Steppenwolf sebagai watak yang sudah tua, penat, dan masih cuba membebaskan diri dari diperhambakan oleh Darkseid.[21] Steppenwolf diolah semula reka bentuknya untuk versi baharu[22] yang menepati wawasan asal Snyder sebelum campur tangan dari pihak studio.[23] Sebelum ini, Hinds meluahkan rasa kesal dengan versi pawagam yang terlalu meringankan latar belakang dan perwatakan Steppenwolf.[24]
  • Ryan Zheng sebagai Ryan Choi: Saintis yang bekerja di S.T.A.R.[25]
  • Amber Heard sebagai Mera: Orang Atlantis yang dibesarkan oleh ibu Arthur, Ratu Atlanna.[11]
  • Joe Morton sebagai Silas Stone: Bapa kepada Victor Stone dan ketua saintis di S.T.A.R.[11]
  • Lisa Loven Kongsli sebagai Menalippe: Leftenan tentera Hippolyta dan ibu saudara kepada Diana.
  • David Thewlis sebagai Ares: Dewa Peperangan Olympia. Pelagak ngeri Nick McKinless melakonkan Ares di set penggambaran, diganti mukanya dengan wajah Thewlis menerusi efek khas.
  • Karen Bryson sebagai Elinore Stone, mendiang ibu Victor Stone.[11][26]
  • Kiersey Clemons sebagai Iris West, kekasih Barry Allen.[11]
  • Ray Porter sebagai Darkseid, New God yang penzalim dari Apokolips, anak saudara dan ketua kepada Steppenwolf.[27][28] Darkseid tiada dalam versi pawagam,[2] maka Zack Snyder's Justice League menandakan kemunculan sulung watak berkenaan dalam filem lakonan hidup (bukan animasi).[28] Porter menggarap Darkseid melalui penggunaan motion capture[20] serta beberapa usaha untuk mencapai suara yang dikehendaki.[29] Porter kurang mengenai watak Darkseid sewaktu dipilih, tetapi Snyder dan penulis skrip Chris Terrio membimbing beliau dengan pengetahuan komik mereka.[29]
  • Peter Guinness sebagai DeSaad, bendahara Darkseid.[30][31]*

Harry Lennix sebagai Calvin Swanwick, bentuk penyamaran J'onn J'onzz / Martian Manhunter. [32][33]

  • Jared Leto sebagai Joker yang kembali dari Suicide Squad (2016), penjenayah yang psikotik dan musuh ketat Batman.[5] Watak Joker tidak dirancang untuk masuk dalam versi asal, tetapi diambil oleh Snyder setealh versi baharunya diluluskan,[34] kerana adalah niat Snyder sejak dahulu untuk memasukkan Joker dalam filem Justice League. Mendapat reka bentuk baharu untuk versi ini.[35]

Rujukan

WikiPedia: Zack Snyder's Justice League http://www.imdb.com/title/tt2361974/ http://www.reelanarchy.com/exclusive-heres-what-at... https://www.billboard.com/articles/news/9539555/za... https://www.businessinsider.com/how-justice-league... https://www.businessinsider.com/snyder-cut-letter-... https://www.buzzfeednews.com/article/krishrach/all... https://www.cbr.com/walking-dead-robert-kirkman-re... https://www.cbr.com/zack-snyders-justice-league-fo... https://www.cinemablend.com/news/1670669/original-... https://www.cinemablend.com/news/2436990/thanks-to...